#dudukrumah #homelearning
PdPc pada hari ini 29 April 2020 berfokus pada Sintaksis : Menukarkan Ayat
SINTAKSIS : AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
|
||
Maksud
|
Ayat yang mengandungi satu klausa
iaitu rangkaian kata yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
|
|
Contoh Ayat
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1
(FN + FN)
|
Umar
|
jurutera
|
Pola 2
(FN + FK)
|
Adik
|
ketawa
|
Pola 3
(FN + FA)
|
Kucing itu
|
gemuk
|
Pola 4
(FN + FSN)
|
Jam ini
|
untuk ayah
|
Ayat Majmuk
|
|
Maksud
|
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa.
ATAU
Ayat yang terbina dengan mencantumkan dua atau lebih ayat tunggal
|
Contoh Ayat 1
|
Ali rajin tetapi adiknya malas.
|
Keterangan ayat
|
Ayat di atas berasal daripada ayat tunggal (a) dan (b) yang terhasil melalui proses
menggabungkan atau mencantumkan ayat dengan menggunakan kata hubung.
|
(a) Ali rajin.
(b) Adiknya malas.
|
|
Contoh Ayat 2
|
Budak yang sedang membaca buku itu
adik saya.
|
Keterangan ayat
|
Ayat di atas berasal daripada ayat tunggal (a) dan (b) yang terhasil melalui memancangkan
ayat kecil ke dalam ayat induk/utama
dengan menggunakan kata pancangan.
|
(a) Budak itu adik saya.
(b) Budak itu sedang membaca buku.
Ayat (b) dipancangkan ke dalam ayat utama
Budak itu + Budak itu
sedang membaca buku + adik saya
ayat
(b) telah dipancangkan dalam ayat(a)
= Budak yang sedang membaca buku itu adik saya.
|
Soalan SPM : Soalan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk
akan diuji dalam soalan 3 (b).
Anda perlu sama ada menggabungkan ayat tunggal menjadi ayat
majmuk atau memisahkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.
Latih tubi 1
A.
Gabungkan
ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk
1.
Perompak itu telah
ditangkap oleh polis.
Perompak itu menembak pengawal keselamatan.
2.
Orang itu miskin.
Orang itu bahagia.
3.
Pengetua membuat
pengumuman.
Perhimpunan mingguan akan dibatalkan.
B.
Tukarkan
ayat majmuk di bawah menjadi ayat tunggal.
1.
Filem yang sedang
ditayangkan itu diarahkan oleh pengarah terkenal.
2.
Kedai itu baru sahaja siap
dan belum ada penyewanya.
3.
Amna yakin bahawa dia akan
berjaya dalam pertandingan deklamasi sajak itu.
Latih tubi 2: Bentuk soalan SPM: Soalan 3:
(b) Tulis ayat-ayat
di bawah ini semula menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal
ayat-ayat tersebut.
No comments:
Post a Comment