Tuesday, April 21, 2020

Sintaksis 4 : Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif (Latih tubi)

Assalamualaikum... PKP fasa 3 (15 April -28 April)
Alhamdulillah ... kes baharu Covid-19 semakin berkurangnamun kita masih perlu akur akan arahan PKP dan masih kena duduk rumah,

home learning hari ini 22/4/2020


Latih tubi : Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif  (anggaran masa menjawab : 20 minit)

Tukarkan ayat-ayat aktif  di bawah kepada ayat pasif.

1. Nek Pah sedang menjunjung bakul.
2. Nek Pah menjunjung bakul yang berisi buah belimbing itu.
3. Nek Pah menjunjung bakul yang berisi buah belimbing itu sambil melintas jalan.
4. Budak itu memegang sebatang kayu.
5. Budak lelaki itu memegang sebatang kayu yang panjang.
6.Ibu membeli pensil warna LUNA.
7.Ibu membeli pensil warna LUNA untuk adik.
8.Abang membasuh kereta baharu itu.
9. Abang membasuh kereta baharu itu setiap hujung minggu.


Panduan: Kenal pasti

1. Subjek ayat
2, kata kerja transitif
3, objek ayat  ( hadir selepas kata kerja transitif)
4. Unsur keterangan dalam ayat

* Tolong rujuk nota sebelum ini (Sintaksis 3)

Tak faham Pm cg. ya.

No comments:

Post a Comment