Saturday, April 25, 2020

Karangan : Tema - Amalan Membaca

Assalamualaikum.. anak-anak 5 UTM, 5 UPM  dan 4 UIA
Minggu ini minggu terakhir fasa 3 PKP. #dudukrumah #homelearning

Unutk minggu ini, cg  memberi tugasan penulisan karangan. Karangan anda perlu ikut format penulisan yang telah cg berikan sebelum ini. TQ



Soalan :
Amalan membaca belum dihayati sepenuhnya dalam kalangan remaja pada hari ini.   Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja.  

Isu / Tema   : Amalan Membaca
Tugasan Soalan :  Peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja.
Kata Kunci :  Peranan / Tanggungjawab  / Langkah  / Usaha

A. Format Tiada

B. Cadangan isi:  
1. Peranan ibu bapa – membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. 
2. Peranan sekolah – sekolah perlu mengadakan kempen membaca.
3. Peranan kerajaan – Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk membeli bahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah.
 4. Peranan pihak swasta – menyokong kempen membaca pihak kerajaan.
6. Peranan penulis buku dan majalah - Mereka perlu menghasilkan bahan bacaan yang menarik dan dalam masa yang sama menerapkan budaya membaca dalam karya mereka.  

ATAU   anda bina isi sendiri

ANDA BOLEH MERUJUK BAHAN-BAHAN BERKENAAN ISU BUDAYA MEMBACA DI INTERNET / BUKU RUJUKAN.
                                 2. http://besimple43.blogspot.com/
                                 3. http://karanganfaktabahasamelayu.blogspot.com/2016/04/peranan-semua-pihak-dalam-memupuk-minat.html
                                 4. https://ohkarangan.blogspot.com/2018/07/cara-cara-memupuk-amalan-membaca-dalam.html

Baca contoh…kemudian olah kembali untuk mneghasilkan karangan terbaik. Jangan salin semata-mata.

Pastikan anda mengarang menggunakan format penulisan seperti yang telah diajarkan.

Selamat Mengarang
Selamat Berpuasa
Selamat Berbuka Puasa (Azan Maghrib ya..)
Semoga terus sihat dan kekal sihat

No comments:

Post a Comment