Wednesday, April 8, 2020

Karangan : Perenggan Isi 2

Salam..jom kita sambung penulisan karangan ...Penulisan Perenggan ke-3  Isi 2



Tema: Masyarakat penyayang
Tugasan Soalan : Peranan ibu bapa dalam mewujudkan masyarakat penyayang.
Perenggan Isi 2

Isi  :  Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang mantap dan utuh kepada anak-anak untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.
Bil. Ayat
Jenis ayat
Ayat
1
Ayat topik / ayat isi

(apa)
Selain itu, peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam mewujudkan masyarakat penyayang        ialah ibu bapa ______masukkan  isi 2 di sini..

2
Ayat huraian

Mengapa
Hal ini dikatakan demikian kerana Islam mengajar umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang kepada Allah, kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang kepada makhluk yang lain di muka bumi ini.

3

Ayat huraian
(Ayat contoh)
(Bagaimana)

Sebagai contoh,ibu bapa perlu tegas mendidik anak-anak agar melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya, seperti anak-anak diajar menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan menutup aurat.
4

Ayat Kesan
Sehubungan dengan itu, apabila didikan Islam menjadi cara hidup maka sifat sahsiah mulia dapat dibina dan menjadi darah daging dalam diri anak-anak yang mendorong mereka untuk berperi laku baik sama ada dalam kalangan ahli keluarga mahupun masyarakat.
6
Ayat Ungkapan menarik
Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan berantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki yang diibarat senipis kulit bawang.
7
Ayat Penegasan isi
Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa didikan agama yang mantap dan utuh kepada anak-anak amat penting dalam melahirkan individu penyayang dan seterusnya membentuk masyarakat penyayang.


No comments:

Post a Comment