Wednesday, April 22, 2020

Tatabahasa : Bina ayat daripada perkataan yang terhasil melalui proses imbuhan sisipan


Asslamualaikum..
Harap  anak-anak  murid cg menggunakan masa cuti PKP dengan berfaedah.
Hari ini 23/4/2020 cg masukkan soalan no.3 sebagai latihan. Soalan yang cg ambil daripada Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2019, 2018  dan cg ubah suai sedikit.
#dudukrumah  #siapkankerjasekolahdirumah
Semoga diberi kesihatan yang baik untuk buat sesuatu yang baik ….antaranya siapkan latihan yang cg bagi… …  (hijau…zon selamat ye).. jadi tak ada  masalah  untuk   home learning

    A.     Nota : Pengetahuan Bahasa  (Salin ye)
Jenis -  jenis imbuhan antaranya sisipan

a) Sisipan -el-, contoh kata:-

1. tapak - telapak
2. kupas - kelupas
3. tunjuk - telunjuk
4. serak - selerak
5. getar - geletar

b) Sisipan -em-, contoh kata:-
1. guruh - gemuruh
2. gilang - gemilang
3. kuning - kemuning
4. kuncup - kemuncup
5. gercing - gemercing
6. gentar - gementar


c) Sisipan -in-, contoh kata:-1. sambung - sinambung

d) Sisipan -er-, contoh kata:- 
1. godak - gerodak
2. sabut - serabut
3. gicau - gericau
4. gigi - gerigi
5. kuping - keruping
6. suling - seruling
7. godak - gerodak


 Uji seminit dua:

 Cari dan kenal pasti  kata akar dan imbuhan sisipan yang telah diberikan pada perkataan di bawah ini :


gelanggang

kelangkang
selenggara
telapak
telunjuk gemilang
gemuruh
kemuning
semerbak
temali ceracak
gerigi
kerontang
serabut
seruling

Antara soalan yang mungkin diuji kepada calon SPM,  membina ayat daripada kata sisipan yang diberi
 1.  Untuk bina ayat – pelajar perlu mengetahui maksud setiap kata supaya ayat yang dibina jelas dan        tepat.
  2. Pelajar juga perlu mempunyai pengetahuan tentang golongan kata bagi setiap perkataan yang diuji

Perkataan
Golongan  Kata
Maksud
Kata akar
gemuruh
Kata Adjektif
Kuat dan menderu-deru bunyinya

gemilang



serabut



seruling



telapak
Kata Nama


telunjuk


tunjuk

Tugasan 1. Cari makna kata yang diuji dengan  merujuk kamus atau carian http://prpm.dbp.gov.my/  dan tuliskan golongan kata serta kata dasar  bagi perkataan tersebut

Tugasan 2 anda …
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. 

(i) gemuruh    (ii) gemilang    (iii) serabut                      
(iv) seruling         (v) telapak      (vi)telunjuk 
                                                                                                                    
[6 markah] 

No comments:

Post a Comment