Anak-anak cikgu 5 UPM, 5UTM dan 4 UIA
cikgu dah buat contoh penulisan perenggan pendahuluan, boleh salin
Tema: Masyarakat
penyayang
Tugasan Soalan : peranan ibu bapa dalam mewujudkan masyarakat penyayang.
Kata kunci : peranan
/ tanggungjawab (yang perlu ibu bapa
buat)
Perenggan
pendahuluan
Bil Ayat
|
Jenis
ayat
|
Ayat
|
1
|
Ayat definisi
|
Masyarakat penyayang bermaksud menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang hidup dengan berlandaskan nilai
kasih sayang antara satu dengan yang lain yang mana anggotanya saling
membantu, saling menghormati, saling memahami, dan bertolak ansur.
|
2
|
Ayat isu semasa
|
Walau bagaimanapun, hari ini kita dapat lihat bahawa semangat sayang-menyayangi
dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan dan kemajuan negara.
|
3
|
Ayat sejarah
|
Hal ini dikatakan demikian kerana kita pernah
malah acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial dan jenayah seperti kes
pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa yang
jelas menunjukkan kejadian-kejadian tersebut memadamkan semangat
sayang-menyayangi, sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati
dalam masyarakat.
|
4
|
Ayat tokoh
|
Sehubungan dengan itu, usaha mewujudkan masyarakat penyayang
bermula dari rumah bertepatan dengan kata-kata Mantan
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu
masyarakat penyayang dapat dibentuk
apabila perasaan saling menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga telah
disemai dan diberi penyuburan kerana keluarga merupakan asas kepada
pembentukan masyarakat.
|
5
|
Ayat persoalan
|
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam
melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang
penyayang?
|
semoga semua sihat #stay@home #dudukrumahbuatkerjasekolah
ReplyDelete