Assalamualaikum..
hari ini 15/4/2020 tahap ke-3 PKP. Semoga semua sihat. Harap terus ambil cakna
tentang penjagaan kesihatan.
Cg teruskan karangan
kita yang dah beberapa hari tertangguh…
Harapnya minggu ni
lengkaplah karangan ni..Cuma untuk perenggan 6 bagi isi kelima, cg nak uji
sikit. Anda perlu menulis ayat sendiri.
**********************************************************************************
Tema: Masyarakat
penyayang
Tugasan Soalan : Peranan
ibu bapa dalam mewujudkan masyarakat penyayang.
Perenggan Isi 5
Isi : Ibu
bapa harus membentuk keluarga yang
stabil daripada segi fizikal dan rohani di dalam rumah tangga mereka
Bil. Ayat
|
Jenis ayat
|
Ayat
|
1
|
Ayat topik / ayat isi
(apa)
|
Berikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
|
2
|
Ayat huraian
Mengapa
|
Untuk mendapat idea bagi
menulis ayat huraian anda perlu
bertanya mengapa ibu bapa harus membentuk keluarga yang stabil
daripada segi fizikal dan? rohani.
|
3
|
Ayat huraian
(Ayat contoh)
(Bagaimana)
|
Untuk membina ayat 3 ini anda
perlu bertanya “bagaimana cara ibu bapa
dapat membentuk keluarga
yang stabil?
|
4
|
Ayat Kesan
|
Tanya
“apa kesan jika ibu bapa membentuk keluarga
yang stabil?
anda perlu nyatakan faedah
|
5
|
Ayat Ungkapan menarik
|
berikan peribahasa yang sesuai
|
6
|
Ayat Penegasan isi
|
buat kesimpulan kecil anda dengan ulang balik isi
|
Bil Ayat
|
Penggunaan penanda wacana
|
Ayat anda….
(Boleh merujuk bahan … antaranya Internet
|
1
|
Seperkara lagi, peranan yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang
ialah ………..
|
salin
sahaja isi 5 anda
|
2
|
Hal ini disebabkan oleh jika
|
nyatakan faedah daripada
tindakan ibu bapa yang membentuk keluarga stabil
-
mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan
harmoni
|
3
|
Sebagai contoh
|
nyatakan contoh / tindakan ibu bapa
-
kewangan ataupun didikan akhlak yang sempurna
|
4
|
Keadaan ini akan memberikan impak yang
besar kepada anak-anak….
|
-
tenang
dan tiada tekanan di dalam rumah
-
hubungan kekeluargaan erat
-
tiada pergaduhan
|
5
|
…………………..ibarat kata
(Ayat ungkapan menarik cg
bagi percuma…cg maklum mesti tak buat atas alasan susah … jadi salin sahaja
ayat di sebelah)
|
Mungkin benar bahawa dalam sesebuah
keluarga pasti akan ada perselisihan faham ibarat kata sedangkan lidah lagi tergigit
namun seandainya ibu bapa berusaha melunaskan keperluan anak-anak mengikut
kemampuan tanpa bersikap pilih
bulu sudah pasti anak-anak saling menyayangi.
|
6
|
Jelasnya, harapan untuk mewujudkan
masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan sekiranya ….
|
ulang kembali isi ke-5
|
Ok…kan sebab cg dah bagi sikit-sikit rangka isi…anda
hanya perlu sempurnakan untuk membentuk ayat yang lengkap.
Selamat mengarang…sesiapa
yang siap boleh pm cg .
Mohon permisi... jumpa lagi
#dudukrumah #siapkankarangan
No comments:
Post a Comment