Friday, April 10, 2020

Karangan -Perenggan 4 Isi 3

PKP bersambung 14 April - 28 April 2020

Mari kita sama-sama sambung  perenggan karangan 😄 #dudukrumahlagi
#sambungbuatkerjasekolahkatrumahkitaye


Tema: Masyarakat penyayang
Tugasan Soalan : Peranan ibu bapa dalam mewujudkan masyarakat penyayang.

Perenggan Isi 3

Isi  :  Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka.

Bil. Ayat
Jenis ayat
Ayat
1
Ayat topik / ayat isi

(apa)
Peranan  lain yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk  mewujudkan masyarakat penyayang        ialah  masukkan  isi 3 di sini..

2
Ayat huraian

Mengapa
Untuk mendapat idea bagi menulis ayat huraian   anda perlu bertanya   mengapa ibu bapa perlu jadi suri teladan?

Hal ini demikian kerana apabila ibu bapa  menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak maka_________________________________
ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
3
Ayat huraian
(Ayat contoh)
(Bagaimana)
Untuk membina ayat 3 ini anda perlu bertanya “bagaimana ibu bapa tunjukkan sikap sebagai suri teladan

Sebagai contohnya,  _______________________ dan bukannya menunjukkkan sikap menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak.
4
Ayat Kesan
Tanya “apa kesan jika ibu bapa menjadi suri teladan?
 anda perlu nyatakan  faedah
Akibatnya, ________________________________ hasil daripada pengamatan mereka terhadap sikap ibu bapa.
6
Ayat Ungkapan menarik
Sebagai guru di rumah tangga masing-masing,  ibu bapa haruslah meladani nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap  ___________________

7
Ayat Penegasan isi
Tegasnya, sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat, ____________________.




Pilih frasa yang sesuai dan lengkapkan perenggan isi 3 di atas.

1.seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

2. ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah

3.ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak  dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

4.sudah pasti  nilai tersebut akan menjadi teladan dan ikutan kepada anak-anak

5.semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling membantu dapat disemai dan membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak

No comments:

Post a Comment