Sunday, April 19, 2020

Sintaksis 3- Ayat aktif kepada ayat pasif



Assalamualaikum... tatabahasa minggu ini cg fokus kepada menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif kerana ada yang bertanya tentang kedua-dua ragam ayat ini.

Baca dan salin nota serta buat latihan. Jika masih kurang jelas boleh pm cg.
Teruskan usaha dan bersabar dengan dugaan.
 #dudukrumah
#buatkerjasekolah


SINTAKSIS


MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

Ayat aktif ialah ayat yang  mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek  asal sebagai unsur yang  diterangkan atau judul.

Contoh:

Ragam ayat
Subjek
Predikat
Ayat aktif transitif
Ali
menendang  bola

Ali
Subjek asal ayat

menendang
Kata kerja transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang perlu ada  objek selepas kata kerja tersebut
bola
Objek


Oleh itu dalam ayat  Ali menendang bola-  kata kerja yang digunakan iaitu menendang  ialah kata kerja transitif kerana selepas kata kerja tersebut diikuti oleh objek (frasa nama).

INGAT  !!!
·       Hanya ayat yang mengandungi kata kerja transitif sahaja boleh dipasifkan.

Ayat pasif pula ialah ayat yang  asalnya terbentuk  daripada ayat aktif.

Semasa proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif, perlu perhatikan 3 perkara
1.      Subjek
2.      Kata kerja transitif
3.      Objek
 Proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
Ayat Aktif
Subjek
Predikat
Kata kerja transitif
objek
keterangan
Ali
menendang
bola
-



a)      Perhatikan:

1.      Subjek   -  Ali   (kata nama Khas –orang ketiga)
2.      Kata kerja – menendang     - kata kerja berimbuhan awalan  me-
3.      Objek  - bola   (frasa nama)


b)      Apabila ayat  Ali menendang bola dipasifkan, ayat tersebut kan menjadi

Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Kata kerja pasif
Oleh + Frasa Nama
Keterangan
Bola
ditendang
oleh Ali
-


 Ayat pasif di atas dibentuk dengan cara
1.      Objek ayat dibawa ke hadapan menduduki tempat subjek.
2.      Kata kerja berubah menjadi kata kerja berimbuhan di-  (menendang   - ditendang)
hanya  apabila  subjek asal ialah kata nama orang ketiga    -(ditendang oleh Ali)

Contoh seterusnya:

Ayat aktif

Ali mengambil ubat itu semalam.

Ayat pasif
Ubat itu diambil oleh Ali semalam.

Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Kata kerja pasif
Oleh + Frasa Nama
Keterangan
Ubat itu
diambil
oleh Ali

semalam


Uji Minda : 3 Soalan

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

1.      Ayah membakar sampah –sarap pagi tadi.

Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Kata kerja pasif
Oleh + Frasa Nama
Keterangan





2.      Pihak polis telah menangkap pencuri itu dengan bantuan orang kampung.

Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Kata kerja pasif
Oleh + Frasa Nama
Keterangan





3.      Kerajaan mengarahkan orang  ramai agar akur akan arahan  Perintah  Kawalan Pergerakan.

Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Kata kerja pasif
Oleh + Frasa Nama
Keterangan





Selamat mencuba…

Nota dan latihan di atas berfokus pada ayat aktif transitif dengan subjek orang ketiga. Bagi subjek ganti nama  diri orang  pertama dan  ganti nama diri kedua akan saya  bincangkan pada masa yang lain.


2 comments: