Saturday, April 18, 2020

Karangan : Perenggan 7 Kesimpulan

Assalamualaikum.. semoga terus sihat dan menjalani arahan PKP dengan sabar
sebab sabar itu indah...

Ok.. hari ni cg sambung perenggan akhir penulisan karangan iaitu perenggan kesimpulan /penutup
Salin perenggan 7 di bawah sebagai contoh.


Perenggan 7 – Penutup / Kesimpulan
Penulisan perenggan penutup perlu mengandungi 3 jenis ayat
i.               Ayat penegasan kesimpulan
ii.             Ayat cadangan
iii.            Ayat harapan

Bil. Ayat
Jenis ayat
Ayat
1
Ayat penegasan kesimpulan
Secara tuntasnya,  dapatlah disimpulkan bahawa  ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan masyarakat yang penyayang.
2

Ayat cadangan 1
Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan  peranan mereka semaksimum mungkin kerana mereka menggalas
tanggungjawab yang besar untuk melahirkan generasi muda yang berakhlak baik dan bersifat suka membantu orang lain.
3
  Ayat cadangan 2
Walau bagaimanapun tindakan ibu bapa sahaja tidak akan berkesan sebaliknya setiap individu dalam kalangan masyarakat seharusnya mengambil  inisiatif  merealisasikan pembentukan masyarakat  penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia.
4
Ayat harapan 1
Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek pembangunan fizikalnya malah kaya dengan budaya penyayang.
5
Ayat harapan 2
Secara tidak langsung juga, imej negara akan harum di persada dunia malahan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat  kelas pertama  yang mampu duduk sama rendah,  berdiri sama tinggi dengan  bangsa lain kerana ketinggian akhlaknya.


3 comments: