sebab sabar itu indah...
Ok.. hari ni cg sambung perenggan akhir penulisan karangan iaitu perenggan kesimpulan /penutup
Salin perenggan 7 di bawah sebagai contoh.
Perenggan 7 –
Penutup / Kesimpulan
Penulisan perenggan
penutup perlu mengandungi 3 jenis ayat
i.
Ayat penegasan kesimpulan
ii.
Ayat cadangan
iii.
Ayat harapan
Bil. Ayat
|
Jenis ayat
|
Ayat
|
1
|
Ayat penegasan kesimpulan
|
Secara tuntasnya,
dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat
penting dalam melahirkan masyarakat yang penyayang.
|
2
|
Ayat cadangan 1
|
Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan peranan
mereka semaksimum mungkin kerana mereka menggalas
tanggungjawab yang besar untuk melahirkan generasi muda yang berakhlak
baik dan bersifat suka membantu orang lain.
|
3
|
Ayat cadangan 2
|
Walau bagaimanapun
tindakan ibu bapa sahaja tidak akan berkesan sebaliknya setiap individu dalam
kalangan masyarakat seharusnya mengambil inisiatif
merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat
Malaysia.
|
4
|
Ayat harapan 1
|
Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju
dari aspek pembangunan fizikalnya malah kaya dengan budaya penyayang.
|
5
|
Ayat harapan 2
|
Secara tidak
langsung juga, imej negara akan harum di persada dunia malahan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama yang mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain kerana ketinggian akhlaknya.
|
Sy siap karangan ni cg👍
ReplyDeletebagus..dan pastikan lengkap 7 perenggan ye.buka sekolah cg tengok
DeleteOkey cg
Delete