Saturday, April 11, 2020

Karangan : Perenggan 5 Isi 4

Assalamualaikum..   jumpa lagi untuk teruskan pembelajaran di rumah #stayathome

Kita sambung karangan ya..


Tema: Masyarakat penyayang
Tugasan Soalan : Peranan ibu bapa dalam mewujudkan masyarakat penyayang.
Perenggan Isi 4

Isi  :  Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat.
Bil. Ayat
Jenis ayat
Ayat
1
Ayat topik / ayat isi

(apa)

Berikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
2
Ayat huraian

Mengapa


Untuk mendapat idea bagi menulis ayat huraian   anda perlu bertanya   mengapa ibu bapa harus dekatkan anak-anak dengan masyarakat?
3
Ayat huraian
(Ayat contoh)
(Bagaimana)


Untuk membina ayat 3 ini anda perlu bertanya “bagaimana cara ibu bapa mendekatkan anak-anak dengan masyarakat ? beri contoh
4
Ayat Kesan

Tanya “apa kesan jika ibu bapa mendekatkan anak-anak dengan masyarakat?
 anda perlu nyatakan  faedah
5
Ayat Ungkapan menarik
berikan peribahasa yang sesuai
6
Ayat Penegasan isi
buat kesimpulan kecil anda dengan ulang balik isi



Tugasan : Susun ayat-ayat berikut untuk membentuk satu perenggan isi 4 dengan lengkap.


1. Tidak dapat dinafikan bahawa kesan apabila anak-anak dekat dengan masyarakat ialah anak-anak berjiwa penyayang dapat dilahirkan yang seterusnya juga mampu  membentuk masyarakat yang aman serta sebuah negara yang harmoni.


2. Tamsilannya, untuk mendekatkan anak-anak dengan masyarakat ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai aktiviti gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid yang secara tidak langsung ibu bapa memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat.


3. Seterusnya, peranan yang tidak kurang pentingnya yang perlu dilakukan oleh ibu bapa        adalah dengan cara ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat.




4.Tegasnya, dapatlah kita katakan bahawa penyertaan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat merupakan antara elemen penting yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa bagi melahirkan masyarakat penyayang.

5.Hal ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang disertai oleh anak-anak ini bukan sahaja akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dalam kalangan komuniti malah  sifat penyayang akan terserlah melalui amalan tolong-menolong dan bertoleransi semasa melakukan aktivti-aktiviti tersebut.

6.Sehubungan dengan itu, amalan penyayang dalam konteks kehidupan bermasyarakat amat penting agar sikap menganiayai, menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain dapat dihindarkan sekali gus dapat menyemai sikap prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.


No comments:

Post a Comment