Wednesday, April 15, 2020

Komsas 1 : Novel


Assalamualaikum...  masih lagi kena duduk rumah.
 #dudukrumah
#buatkerjasekolahkatrumah

Hari ni cg teruskan dengan latihan komsas novel. Bagi anak-anak SPM.. jawab semua soalan 4a) dan 4b). Jawapan 4a) mesti jawab untuk kedua-dua buah novel.Maknanya
4a) i Novel Pantai Kasih
4a) ii Novel Bimasakti Menari

Manakala untuk F4.. jawab soalan 4a) Novel Pantai Kasih.
Soalan 4b) untuk F4 cg ubah suai sikit ok..


Selamat duduk rumah..jaga kesihatan  dan yang penting

Selamat Menyiapkan latihan semasa PKP.........

Soalan 4  :  Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
i)               Pantai Kasih karya Azmah Nordin
ii)             Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop


(a)    Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan kerjasama.  
Jelaskan dua persoalan kerjasama yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.                                                                                                                      [7 markah]

(b)    Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama.
                                                                                                                      [8 markah]

F4
(b) Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan    dalam kehidupan.
Berdasarkan  novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama.



*******************************************************************
NOTA - sebagai contoh sahaja. Cg harap cuti PKP ni anda dapat manfaatkan masa untuk mengulang kaji dan mencari nota-nota penting.
Salin nota di bawah... kemudian jawab soalan di atas.
NOVEL :  PANTAI  KASIH

TEKNIK : BEDAH WATAK

Siapakah watak utama novel Pantai Kasih ?



Doktor Raiha


Perwatakan     Doktor  Raiha   


Doktor Raiha seorang yang tabah
Contoh / Bukti / Peristiwa

Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuan tunggalnya seorang anak istimewa yang disambar api dalam kebakaran kereta mewah suaminya, Doktor Sadiz.


Doktor Raiha tabah menghadapi tentangan daripada ayahya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah  kerana beranggapan bahawa tugas sebagai pakar bedah hanya manpu dilakukan oleh orang lelaki sahaja  yang tahan fizikal dan mental namun ketabahannya terbalas apabila Doktor Raiha akhirnya menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.



Daripada  perwatakan tersebut, anda dapat menulis aspek komsas yang lain tetapi masih menggunakan contoh/ peristiwa yang sama
ASPEK KOMSAS


Tema

Ketabahan wanita menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam hidup

Latar Masyarakat

Masyarakat yang tabah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam hidup

Nilai

Ketabahan

Pengajaran

Kita mestilah tabah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam hidup


Oleh sebab novel Pantai Kasih bertemakan ketabahan, maka cg tidak mengeluarkan persoalan ketabahan. Tapi jika soalan bentuk tertutup menanyakan persoalan ketabahan, anda boleh menulis persoalan tabah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam hidup dan berikanlah peristiwa di atas.


           Buat nota seperti di atas bagi aspek kerjasama daripada MR. GOOGLE

           Walaupun .PKP panjang lagi tempoh  namun INGAT kerja beransur tak bertahan                  kerja bertangguh tak menjadi.
           
           Ok..jumpa lagi

No comments:

Post a Comment