Soalan 3 :
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu
ayat bagi setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, atau menggunakan kata majmuk itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) akar tunjang
(ii) gerak balas
(iii) garam mineral
(iv) isi padu
(v) pusat gravity
(vi) bahan api
[6 markah]
(b) Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa
agar mengambil tindakan dengan segera
(ii) Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganugerahkan
sijil penghargaan kepada semua pelajar cemerlang.
(iii) Beberapa orang anggota keselamatan sedang mengawasi
tempat kebakaran itu secara bergilir-gilir.
[6 markah]
(c) Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban
pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.
(ii) Pelbagai usaha
telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara
ini.
(iii) Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya
bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas
pertama.
[6 markah]
(d) Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i) Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah
daripada laman sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran
nanti.
(ii) Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti
kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah
di negara ini.
(iii) Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan
dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran.
[6 markah]
(e) Nyatakan
peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.
(i) Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi
secara adil kepada semua ahli kumpulan.
(ii) Sekiranya kita
ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa
rasa jemu.
(iii) Pasukan
penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada mangsa
banjir sebelum musim tengkujuh tiba.
[6 markah]
No comments:
Post a Comment