Assalamualaikum...hari ini 21/4/2020. Jadual PDPC sepanjang PKP Fasa 3 (20-28 April) menetapkan Slot 1 [8.30 - 10.00 pagi ] ialah PDPC Bahasa Melayu. Jom kita belajar rumusan dan siapkan latihan rumusan dengan jayanya...😊
Soalan ini
cg ambil daripada soalan peperiksaan percubaan 2019 Negeri Kedah
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan
di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan
hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami
sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan untuk memiliki
tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat
memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.
Sukar untuk
kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak
melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara
kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala
sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit
ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik
daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih
baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu,
aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita
haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan.
Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar
kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang
seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.
Di samping
itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat
berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi
menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat
dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik,
rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur
secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita
digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak
mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.
Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting
dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat
tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya
hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Nilai Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016)
Petikan di atas terdapat 8 isi tersurat. Baca, kenal pasti isi tersurat dan tuliskan
isi tersurat tersebut.
Perenggan Pendahuluan [2 markah]
Rumus yang
digunakan
RM TUKAR
FU + SALIN
|
Perenggan
Isi Tersurat [ada dalam petikan] [12
markah]
Kata kunci 1 / FU - Cara-cara
Antara _______isi 1______________.
Selain itu, ________isi 2______. Seterusnya, ________isi
3____________. Di samping itu, _________isi 4_______. _____Salin isi 5 ___. Akhir sekali ________salin isi 6______.
Perenggan
Isi Tersirat [fikir sendiri][4 markah]
Kata
Kunci 2 /F2 - cabaran untuk melaksanakannya
Cabaran untuk melaksanakannya
ialah ________isi tersirat 1_________. Seterusnya,
______________isi tersirat 2 ________.
Perenggan
Kesimpulan[2 markah]
Kesimpulannya, tuliskan pihak yang terlibat perlu masukkan isu isi tersurat agar tuliskan idea anda tentang harapan .
Soalan 2 (a)
- Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata tindakan awal. [2
markah]
Maksud
rangkai kata tersebut ialah _______________
________________.
(ii)
Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga kesihatan diri. Apakah
kepentingan-kepentingan tersebut? [3
markah]
Kepentingan menjaga kesihatan diri ialah ______
cari dalam petikan____
(iii)
Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak
sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam
kalangan murid.
[4 markah]
Peranan pihak sekolah
untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam
kalangan murid
ialah pihak sekolah ________________idea
1_________. Selain itu, _____idea 2______. Pihak sekolah juga boleh
melakukan ____idea 3_____.
*Berikan idea yang logik dan matang
berdasarkan aktiviti yang terdapat atau
pernah dilakukan di sekolah.
Selamat menjawab..
#dudukrumah
#homelearning
Rumusan membincangkan langkah-langkah menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya.
ReplyDeleteFarah (5upm)
2 markah..
ReplyDeleteMudah bukan