Monday, April 20, 2020

Rumusan 3


Assalamualaikum...hari ini 21/4/2020. Jadual PDPC sepanjang PKP Fasa 3 (20-28 April) menetapkan Slot 1 [8.30 - 10.00 pagi ]  ialah PDPC Bahasa Melayu.  Jom kita belajar rumusan dan siapkan latihan rumusan dengan jayanya...😊

Soalan ini cg ambil daripada soalan peperiksaan percubaan 2019 Negeri Kedah

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang  penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

 Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari. 

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016)

Petikan di atas terdapat 8 isi tersurat. Baca, kenal pasti isi tersurat dan tuliskan isi tersurat tersebut.

Perenggan Pendahuluan  [2 markah]
Rumus yang digunakan


RM TUKAR FU + SALIN


              
Perenggan Isi Tersurat  [ada dalam petikan] [12 markah]

Kata kunci 1  / FU  -  Cara-cara

              Antara _______isi 1______________.  Selain itu,  ________isi 2______. Seterusnya, ________isi 3____________. Di samping itu, _________isi 4_______.  _____Salin  isi   5  ___. Akhir sekali  ________salin isi 6______.

Perenggan Isi Tersirat   [fikir sendiri][4 markah]

Kata Kunci 2 /F2 -  cabaran untuk melaksanakannya

              Cabaran untuk melaksanakannya ialah  ________isi tersirat 1_________. Seterusnya, ______________isi tersirat 2 ________.

Perenggan Kesimpulan[2 markah]

              Kesimpulannya,                  tuliskan pihak yang terlibat                      perlu     masukkan isu isi tersurat             agar             tuliskan idea anda tentang harapan  . 





Soalan 2 (a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tindakan awal.    [2 markah] 
 
              Maksud rangkai kata tersebut ialah _______________    ________________.

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga kesihatan diri. Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?    [3 markah] 

Kepentingan menjaga kesihatan diri ialah ______ cari dalam petikan____

(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid. 
[4 markah]  
              Peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid ialah  pihak sekolah ________________idea 1_________. Selain itu, _____idea 2______. Pihak sekolah juga boleh melakukan ____idea 3_____.

*Berikan idea yang logik dan matang  berdasarkan aktiviti yang terdapat atau pernah dilakukan  di sekolah.

Selamat  menjawab..
#dudukrumah
#homelearning

2 comments:

  1. Rumusan membincangkan langkah-langkah menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya.

    Farah (5upm)

    ReplyDelete