Sunday, April 5, 2020

Karangan 1 :Perenggan pendahuluan

Assalamualaikum..
Anak-anak cikgu 5 UPM, 5UTM dan 4 UIA

cikgu dah buat contoh penulisan perenggan pendahuluan, boleh salin 


Tema: Masyarakat penyayang
Tugasan Soalan : peranan ibu bapa dalam mewujudkan masyarakat penyayang.
Kata kunci : peranan / tanggungjawab  (yang perlu ibu bapa buat)
Perenggan pendahuluan
Bil Ayat
Jenis   ayat
Ayat
1
Ayat definisi
Masyarakat penyayang bermaksud menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu dengan yang lain yang mana anggotanya saling membantu, saling menghormati, saling memahami, dan bertolak ansur.
2
Ayat isu semasa
Walau bagaimanapun, hari ini kita dapat lihat bahawa semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan dan kemajuan negara.
3
Ayat sejarah
Hal ini dikatakan demikian kerana kita pernah  malah acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial dan jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa yang jelas menunjukkan kejadian-kejadian tersebut memadamkan semangat sayang-menyayangi, sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat.
4
Ayat tokoh
Sehubungan dengan itu, usaha mewujudkan masyarakat penyayang bermula dari rumah bertepatan dengan kata-kata Mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu masyarakat penyayang  dapat dibentuk apabila perasaan saling menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga telah disemai dan diberi penyuburan kerana keluarga merupakan asas kepada pembentukan masyarakat.
5
Ayat persoalan
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang?

1 comment:

  1. semoga semua sihat #stay@home #dudukrumahbuatkerjasekolah

    ReplyDelete