Assalamualaikum… PKP Fasa 4 (29
April – 12 Mei)
Masih duduk rumah tak pergi
sekolah dan perlu belajar di rumah.
Kelas hari ini, 4 Mei 2020 :Slot
1 (8.30 -10.00 Pagi )Bahasa Melayu
Untuk slot pagi ini, cg. fokuskan latih tubi soalan 3(c) membetulkan kesalahan ejaan dan
imbuhan serta soalan 3 (d)
membetulkan kesalahan istilah dan tatabahasa.
#dudukrumah
#buatkerjasekolahkatrumah
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Banglow yang lama terbiar itu diroboh oleh ketua kampung
dan penduduk.
(ii) Makan secara buffet sudah lama diperkenalkan dan menjadi
penggemar masyarakat kerana mudah dikendalikan.
(iii) Orang ramai boleh membayar pelbagai bil melalui
berkhidmat talian tele-perbankan yang disediakan oleh institusi kewangan di
tempat masing-masing.
(iv) Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban
pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.
(v) Pelbagai usaha
telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara
ini.
(vi) Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya
bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas
pertama.
(d) Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki
telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
(ii) Beliau menggesa pemaju-pemaju perumahan agar
mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih
terbengkalai.
(iii) Walaupun wajah mereka sepadan, namun perangai Azmi
berbeza dari perangai abangnya.
(iv) Cikgu Nadia
meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman sesawang itu untuk
digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti.
v) Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti
kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah
di negara ini.
vi) Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan
dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran.
Teknik Menjawab :
1. Tulis no. soalan
2. Tulis jawaban anda
3(c) Kesalahan Pembetulan
i)
ii)
dan seterusnya .....
3(d) Kesalahan Pembetulan
Guna masa lapang anda sebaiknya sebelum masa sibuk anda...
Siapkan tugasan latih tubi hari ini
ingat ....Kerja bertangguh tak menjadi.
Siapkan tugasan latih tubi hari ini
ingat ....Kerja bertangguh tak menjadi.
No comments:
Post a Comment