Hari ini 5/5/2020 Selasa PKP Fasa 4.. Slot 2 (11.00 - 12.30 tgh hari).
Kelas 5 UPM dan 5 UTM
Mari Membaca... Sinopsis. Mana tahu terlupa jadi kita baca supaya ingat kembali
SINOPSIS
BAB
Bab
|
Sinopsis
|
Bab
1 :
Janji
Srikandi
|
Dalam bab Janji Srikandi,
penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja
sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi
masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan
Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka
dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
|
Bab
10:
Sidang
sejuta kelip-kelip
|
Muhammad Taufik
tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad
Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan
tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik
dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan
Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang
projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua
tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang
terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa
mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa
yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
|
Bab
|
Sinopsis
|
Bab 16:
Dua
kelip-kelip terakhir di dunia
|
Nurul Hafsa bersama dengan
ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya
mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul
Hafsa meminta izin untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan
keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau
hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik
yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik
dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada
rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan
tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
|
Berdasarkan sinopsis di atas - senaraikan latar tempat dengan lengkap. Rujuk novel Bimasakti Menari.
Tugasan 1 : Bina peta i-think latar tempat dan peristiwa
Tugasan 2 : Jawab soalan latih tubi di bawah
4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari,
huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel
tersebut.
[7 markah]
Itu sahaja untuk hari ini..
Manfaatkan masa anda. PKP bukan sekadar duduk rumah tapi melatih anda untuk mendisiplinkan diri dan bijak menggunakan masa.
#dudukrumah
#buatkerjasekolahkatrumah
No comments:
Post a Comment