Assalamualaikum... lama tak bersua di sini ye..
Minggu ni cg post latih tubi unt anak-anak f4 - Kata Tugas
Selamat menyiapkan latihan
Latih tubi.
Kata tugas – Kata prafrasa
Senaraikan
kata prafrasa - kata bantu yang terdapat dalam 3 petikan di bawah
Petikan 1
Di Malaysia,
penghasilan sampah atau sisa pepejal bergantung pada keluasan sesebuah kawasan,
jumlah penduduk, dan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk tersebut. Jenis
sampah yang dihasilkan juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan bandar,
sampah pepejal yang terhasil lebih kompleks berbanding dengan di luar bandar.
Sampah yang dihasilkan akan dihantar ke tapak pelupusan. Walaupun Malaysia
mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak, namun jumlah ini
tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Bukan itu
sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar
dan manusia yang berada di sekitar kawasan tapak pelupusan itu. Antaranya, tapak pelupusan terbuka ini akan
memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut.Selain berbau
busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia.
Adakah anda
pernah berkunjung ke Pulau Pangkor? Jika anda belum mengunjungi pulau ini, anda
mesti menjadikan pulau ini sebagai satu daripada destinasi pulau percutian. Pulau
Pangkor terletak tujuh kilometer dari Pekan Lumut di negeri Perak. Tarikan
utama di Pulau Pangkor ialah kecantikan pantainya, air laut yang jernih, serta
kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut. Pulau Pangkor juga pulau
bersejarah kerana di pulau inilah bermulanya campur tangan British dalam
pentadbiran orang Melayu. Di sinilah pernah termeterainya Perjanjian Pangkor
antara Suktan Abdullah dengan pihak Inggeris pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini telah menjadi
titik tolak kepada pihak British untuk campur tangan dalam urusan pemerintahan
negeri Melayu. Menurit perjanjian ini, negeri Perak dikehendaki menerima
residen British. Sultan mesti menerima nasihat residen dalam semua hal
pentadbiran kecuali hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat
orang Melayu.
Aktiviti
sukan ialah suatu latihan jasmani yang sihat. Bersukan bukan sahaja baik untuk
fizikal seseorang malahan dapat menambah keyakinan diri. Antara aktiviti sukan
yang boleh menjadi pilihan ramai termasuklah memanah, berenang, dan berkuda.
Sukan memanah dapat melatih fizikal dan emosi anak-anak dalam menetapkan
matlamat pada sasaran yang betul. Kekuatan fizikal juga penting untuk melentur
panah pada busurnya. Sukan renang pula ada kelebihan tersendiri. Sukan ini
bukan sahaja melibatkan semua bahagian fizikal tubuh badan malah melibatkan
otak. Berenang dapat menghilangkan
tekanan serta akan meningkatkan keberanian seseorang. Sukan berkuda pula
dikatakan elok untuk merawat masalah tulang belakang manusia. Semasa menunggang
kuda, tulang belakang penunggang akan bergesel dengan baik dan merangsang araf
tulang belakang.
No comments:
Post a Comment