Monday, October 19, 2020

Contoh soalan format baharu (Kertas 2- Bahagian A.)

 Salam... siapkan latihan dalam buku.. boleh print atau salin petikan


Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata kerja tak transitif , satu kata adjektif dan satu kata bantu. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak  boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa  dan nama khas.

Kuching ialah ibu negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Bandaraya Kuching juga dikenali sebagai bandar masyarakat berbudaya. Terdapat pelbagai suku kaum di Kuching seperti Melayu,Cina, Bidayuh, Iban, Melanau, dan Orang Ulu. Kuching turut terkenal dengan pelbagai barangan kraf tangan yang unik, antaranya tikar rotan, kain pua, manik, pasu Sarawak, dan tembikar. Kraf tangan yang istimewa ini merupakan hasil kerja tangan suku kaum tempatan. Ciri-ciri kesenian tradisional yang halus dan menarik ini akan kekal zaman-berzaman dalam kalangan masyarakat Sarawak. Bagi pelancong yang hendak melihat kepelbagaian budaya Sarawak dengan lebih dekat, Kampung Budaya Sarawak harus dikunjungi. Kampung Budaya dibina untuk melindungi dan mengekalkan warisan budaya Sarawak.

 

Kata kerja tak transitif

 

Kata adjektif

 

Kata bantu

 


Morfologi : Kata Tugas

Assalamualaikum... lama tak bersua di sini ye..

Minggu ni cg post latih tubi unt anak-anak f4 - Kata Tugas


Selamat menyiapkan latihan 


Latih tubi. Kata tugas – Kata prafrasa

Senaraikan kata prafrasa - kata bantu yang terdapat dalam 3 petikan di bawah 


Petikan 1

Di Malaysia, penghasilan sampah atau sisa pepejal bergantung pada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk, dan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk tersebut. Jenis sampah yang dihasilkan juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan bandar, sampah pepejal yang terhasil lebih kompleks berbanding dengan di luar bandar. Sampah yang dihasilkan akan dihantar ke tapak pelupusan. Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak, namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia yang berada di sekitar kawasan tapak pelupusan itu.  Antaranya, tapak pelupusan terbuka ini akan memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut.Selain berbau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia.

 Petikan 2

Adakah anda pernah berkunjung ke Pulau Pangkor? Jika anda belum mengunjungi pulau ini, anda mesti menjadikan pulau ini sebagai satu daripada destinasi pulau percutian. Pulau Pangkor terletak tujuh kilometer dari Pekan Lumut di negeri Perak. Tarikan utama di Pulau Pangkor ialah kecantikan pantainya, air laut yang jernih, serta kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut. Pulau Pangkor juga pulau bersejarah kerana di pulau inilah bermulanya campur tangan British dalam pentadbiran orang Melayu. Di sinilah pernah termeterainya Perjanjian Pangkor antara Suktan Abdullah dengan pihak Inggeris pada 20  Januari 1874. Perjanjian ini telah menjadi titik tolak kepada pihak British untuk campur tangan dalam urusan pemerintahan negeri Melayu. Menurit perjanjian ini, negeri Perak dikehendaki menerima residen British. Sultan mesti menerima nasihat residen dalam semua hal pentadbiran kecuali hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

 Petikan 3

Aktiviti sukan ialah suatu latihan jasmani yang sihat. Bersukan bukan sahaja baik untuk fizikal seseorang malahan dapat menambah keyakinan diri. Antara aktiviti sukan yang boleh menjadi pilihan ramai termasuklah memanah, berenang, dan berkuda. Sukan memanah dapat melatih fizikal dan emosi anak-anak dalam menetapkan matlamat pada sasaran yang betul. Kekuatan fizikal juga penting untuk melentur panah pada busurnya. Sukan renang pula ada kelebihan tersendiri. Sukan ini bukan sahaja melibatkan semua bahagian fizikal tubuh badan malah melibatkan otak.  Berenang dapat menghilangkan tekanan serta akan meningkatkan keberanian seseorang. Sukan berkuda pula dikatakan elok untuk merawat masalah tulang belakang manusia. Semasa menunggang kuda, tulang belakang penunggang akan bergesel dengan baik dan merangsang araf tulang belakang.




Monday, May 4, 2020

Komsas - Novel : Bimasakti Menari

Assalamualaikum... semoga terus sihat dan kekal sihat dengan menjaga kesihatan. #kitajagakita teruskan duduk di rumah dan kita sama-sama ulang kaji hanya di rumah masing-masing. ok

Hari ini 5/5/2020 Selasa PKP Fasa 4.. Slot 2 (11.00 - 12.30 tgh hari).
Kelas 5 UPM dan  5 UTM

Mari Membaca... Sinopsis.  Mana tahu terlupa jadi kita baca supaya ingat kembali


NOVEL BIMA SAKTI MENARI (Sri Rahayu Mohd Yusop)
SINOPSIS BAB
Bab
Sinopsis
Bab 1 :
Janji Srikandi

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut  yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.





Bab 10:
Sidang sejuta kelip-kelip


Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.


Bab
Sinopsis

Bab 16:
Dua kelip-kelip terakhir di dunia






Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izin untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Berdasarkan sinopsis di atas - senaraikan latar tempat dengan lengkap. Rujuk novel Bimasakti Menari.

Tugasan 1 :   Bina peta i-think latar tempat dan peristiwa

Tugasan 2 : Jawab soalan latih tubi di bawah



 4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel tersebut.                                        
                                                                                                                                         [7 markah] 

Itu sahaja untuk hari ini..
Manfaatkan masa anda. PKP bukan sekadar duduk rumah tapi melatih anda untuk mendisiplinkan diri dan bijak menggunakan masa.

#dudukrumah
#buatkerjasekolahkatrumah

Sunday, May 3, 2020

Tatabahasa :Soalan 3 (c) dan 3 (d)

                   
Assalamualaikum… PKP Fasa 4 (29 April – 12 Mei)
Masih duduk rumah tak pergi sekolah dan perlu belajar di rumah.
Kelas hari ini, 4 Mei 2020 :Slot 1  (8.30 -10.00 Pagi )Bahasa Melayu
Untuk  slot pagi ini, cg. fokuskan latih tubi  soalan 3(c) membetulkan kesalahan ejaan dan  
imbuhan serta soalan 3 (d) membetulkan kesalahan istilah dan tatabahasa.
#dudukrumah
#buatkerjasekolahkatrumah 


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi  imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

(i) Banglow yang lama terbiar itu diroboh oleh ketua kampung dan penduduk. 
(ii) Makan secara buffet sudah lama diperkenalkan dan menjadi penggemar masyarakat kerana mudah dikendalikan. 
(iii) Orang ramai boleh membayar pelbagai bil melalui berkhidmat talian tele-perbankan yang disediakan oleh institusi kewangan di tempat masing-masing.                         
(iv) Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.                                                                     
 (v) Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara ini.
(vi) Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas pertama.
 

(d)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

(i) Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
(ii) Beliau menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai. 
(iii) Walaupun wajah mereka sepadan, namun perangai Azmi berbeza dari perangai abangnya.      
 (iv) Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti. 
v) Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah di negara ini.
vi) Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran.                                                                                                            

Teknik Menjawab :

1. Tulis no. soalan
2. Tulis jawaban anda


      3(c)                    Kesalahan                    Pembetulan

             i)

            ii)

    dan seterusnya .....

      3(d)                   Kesalahan                     Pembetulan


Guna masa lapang anda sebaiknya sebelum masa sibuk anda...
Siapkan tugasan latih tubi hari ini

ingat ....Kerja bertangguh tak menjadi.

Tuesday, April 28, 2020

Sintaksis : Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Assalamualaikum..  anak-anak cikgu,  kita telah memasuki Fasa 5 PKP  (29 April -12 Mei 2020)
#dudukrumah   #homelearning

PdPc pada hari ini 29 April 2020 berfokus pada Sintaksis : Menukarkan Ayat

             SINTAKSIS : AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal
Maksud
Ayat  yang mengandungi satu klausa iaitu rangkaian kata yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Contoh Ayat
Subjek
Predikat
Pola 1
 (FN + FN)
Umar
jurutera
Pola 2
(FN + FK)
Adik
ketawa
Pola 3
(FN + FA)
Kucing itu
gemuk
Pola 4
(FN + FSN)
Jam ini
untuk ayah

Ayat Majmuk
Maksud
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa.
ATAU
Ayat yang terbina dengan mencantumkan dua atau lebih ayat tunggal
Contoh Ayat 1
Ali rajin tetapi adiknya malas.
Keterangan  ayat
Ayat di atas berasal daripada ayat tunggal (a)  dan (b) yang terhasil melalui proses menggabungkan atau mencantumkan ayat dengan menggunakan kata hubung.
(a)    Ali rajin.
(b)    Adiknya malas.
Contoh Ayat 2
Budak yang sedang membaca buku itu adik saya.
Keterangan  ayat
Ayat di atas berasal daripada ayat tunggal (a)  dan (b) yang terhasil melalui memancangkan ayat kecil ke dalam ayat induk/utama  dengan menggunakan kata pancangan.
(a)    Budak itu adik saya.
(b)    Budak itu sedang membaca buku.

Ayat (b) dipancangkan ke dalam ayat utama

Budak itu  + Budak itu sedang membaca buku + adik saya
                        ayat (b) telah dipancangkan  dalam ayat(a)
=   Budak yang sedang membaca buku itu adik saya.

Soalan SPM : Soalan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk akan diuji dalam soalan 3 (b).
Anda perlu sama ada menggabungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk atau memisahkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.

Latih tubi 1
A.      Gabungkan ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk

1.       Perompak itu telah ditangkap oleh polis.
Perompak itu menembak pengawal keselamatan.

2.       Orang itu miskin.
Orang itu bahagia.

3.       Pengetua membuat pengumuman.
Perhimpunan mingguan akan dibatalkan.

B.      Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi ayat tunggal.

1.       Filem yang sedang ditayangkan itu diarahkan oleh pengarah terkenal.
2.       Kedai itu baru sahaja siap dan belum ada penyewanya.
3.       Amna yakin bahawa dia akan berjaya dalam pertandingan deklamasi sajak itu.


Latih tubi 2: Bentuk soalan SPM: Soalan 3:

 (b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat  tersebut. 

           Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna.  Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual.  Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas.  Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna biasa.  Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian Internet, berkamera dan boleh memuat turun muzik. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA, iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari.                                                                                                                                                                          [6 markah] 

video Nota :Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk




Assalamualaikum...mohon tonton video di atas.. Cikgu ambil di youtube berkaitan tajuk pembelajaran kita pada minggu ini. Seronok menonton...

Sunday, April 26, 2020

Drama - Bukan Gila (Antologi Sejadah Rindu)

Assalamualaikum.. khas untuk anak-anak cg..5UTM dan 5UPM

Hari ini 27/4/20     Hari keempat kita berpuasa.. minggu kedua fasa ke-3 PKP

#dudukrumah
#homelearning

Hari ini, kita fokus pula pada soalan 2(b) Petikan cerpen atau drama

Sebelum jawab soalan...meh baca dulu drama Bukan Gila ni



DRAMA -BUKAN GILA KAJIAN KOMSAS ANTOLOGI SEJARAH RINDU TINGKATAN LIMA

SINOPSIS

ADEGAN I

Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN II

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

ADEGAN III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.

Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari  hilang.

ADEGAN IV

Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V

Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

ADEGAN VI

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir


TEMA
Ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihidapi
PERSOALAN
1.          Perbezaan pemikiran  dan tindakan menyebabkan seseorang itu
             dianggap  janggal oleh masyarakat sekeliling.
            Contoh: Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang  
                              berbeza tentang  hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup)
         berbanding orang lain.

2.         Kepentingan cinta dan kasih sayang
            Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan


3.         Kesakitan boleh membawa penderitaan
            Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.

4.         Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan  
            dalam menghadapi cabaran hidup.
           Contoh: Azmir  menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan
                         kekasih hati.

5.         Keprihatinan dalam diri setiap manusia.
           Contoh: Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
                         mengetahui latar belakang hidup Amir

6.         Sikap suka membantu orang lain.
            Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
                          memicit-micit kepala Azmir



Plot Binaan Plot  - Plot drama ini disusun secara kronologi.
(a) Pengenalan
     Azmir berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan berada     
     dalam khayalan.

(b) Perkembangan
Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal akan kehadiran ayahnya yang menziarahinya di wad. Azmir bertelingkah dengan ayahnya kerana dia beranggapan ayahnya tidak sayangkannya. Kemudian, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Azmir kembali berkhayal bahawa Ani datang mengunjunginya. Azmir mempertikaikan kata-kata cinta Ani terhadap dirinya. Selepas itu, doktor melawat Azmir di wad. Doktor memeriksa Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad.

(c) Perumitan
Arif dan pelakon-pelakon lain ingin memantapkan kefahaman tentang tajuk drama mereka, iaitu Sasau. Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah sewaktu Arif dan pelakon-pelakon lain membuat latihan drama. Azmir mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kuasa. Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah sistem yang prorakyat. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tibatiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.

(d) Klimaks
Azmir menghantuk-hantukkan kepala ke lantai sehingga berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Selepas itu, doktor membawa Azmir ke hospital semula. Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung olehnya. Doktor mengatakan bahawa orang gila sememangnya pandai berkata-kata.

(e) Peleraian
Arif dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu bapa Azmir di rumah. Mereka menerangkan keadaan Azmir kepada Arif. Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-buat gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan. Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengimbau kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, Azmir semakin lemah dan jatuh ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Ani berasa bersalah dan bersikap kejam terhadap Azmir


Watak Utama : Azmir

1.       Azmir diletakkan di wad sakit jiwa kerana keluarganya menyangka bahawa dia tidak siuman akibat sering terguling-guling dan menghantukkan kepala ke lantai.

2.      Dia suka berfalsafah dan bersyarah.

3.      Dia bijak kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan memberi pendapat yang bernas.

4.      Menghidap penyakit barah yang kronik.

5.      Seorang yang berbudi bahasa kerana menyatakan penghargaan kepada mereka yang berjasa dalam membangunkan negara.

6.      Seorang yang petah berkata-kata apabila menyuarakan pendapat.

7.      Seorang yang bijak menyatakan pendapat sewaktu menyertai drama ‘Sasau’ secara spontan.

8.     Azmir seorang yang optimis kerana tidak mudah melatah apabila disoal para pelakon drama sebaliknya menerangkannya dengan baik.

Watak Sampingan dan Perwatakan

Bapa
1.       Bapa kepada Azmir
2.      Seorang yang penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
3.      Namun, dia kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada Azmir kerana tidak tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.

Ibu
1.       Ibu kepada Azmir
2.      Dia tidak prihatin terhadap anaknya.
3.      Mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu sengaja buat-buat gila.
4.      Mudah putus asa kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang sengaja berbuat gila.
5.      Mudah percaya tuduhan orang yang menyatakan Azmir menjadi Orang Putih.

Arif
1.       Pengarah drama ‘Sasau’.
2.      Seorang yang rasional iaitu tidak mudah menerima komentar pelakon tentang Azmir.
3.      Mudah bersimpati – bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita bukannya gila seperti dakwaan doktor.
4.      Seorang yang prihatin – berusaha menjejaki keluarga Azmir untuk mengetahui kedudukan sebenar Azmir yang dikatakan gila.

Ani
1.       Kekasih Azmir.
2.      Tidak setia kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
3.      Menyedari kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal dunia.

Latar Masa dan Latar Tempat Latar Tempat

1.       Wad pesakit gila – tempat Azmir menjalani rawatan.
2.      Pentas – tempat para pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
3.      Rumah Azmir – tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
4.      Ruang tamu rumah Ani – tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.

Latar Masa
1.       Waktu siang – Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
2.      Tiga hari – tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
3.      Sehari – tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
4.      21 Jun 1993 – tarikh kematian Azmir.


Latar Masyarakat
1.       Golongan pesakit yang menderita penyakit kronik – Azmir mengalami sakit kepala yang teruk kerana menghidap penyakit barah otak.

2.      Masyarakat golongan doktor yang kurang ilmu – Dr Razi tidak teliti ketika memeriksa dan merawat Azmir. Sebaliknya, dia mengambil jalan mudah dengan mengatakan Azmir gila.

3.      Masyarakat golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan dan kasih sayang. – Ibu bapa Azmir sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir. Mereka tidak mengambil tahu tentang penderitaan Azmir yang menghidap barah otak.

4.      Masyarakat yang prihatin dan mengambil berat. – Arif dan rakan-rakannya prihatin terhadap penderitaan Azmir. Mereka berkunjung ke rumah Azmir untuk melawatnya.

5.      Masyarakat yang bijak dan petah berkata-kata. – Azmir mampu berkata-kata dengan petah dan hujah yang bernas.

6.      Masyarakat yang penyayang, – Bapa Azmir melawatnya di hospital.
7.      Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih dahulu. – Ani mengambil keputusan memutuskan cinta dengan Azmir dan meninggalkannya setelah mendengar khabar bahawa Azmir kurang siuman.

8.     Masyarakat yang menginsafi kesilapan. – Ani menginsafi kesilapannya kerana meninggalkan Azmir. Namun, tindakannya telah terlambat kerana Azmir sudah meninggal dunia.

9.      Masyarakat yang bertimbang rasa. Arif dan para pelakon memberi peluang kepada Azmir berlakon dan mendudukkannya yang sakit apabila dipinta serta memicit-micit kepalanya.

GAYA BAHASA
1.       Simile – mata Azmir semacam melihat tepat ke arah suatu objek.

2.      Anafora – HAMBA : Rahsiamu? Rahsiamu ialah penderitaanku tetapi kepuasanmu.

3.      Repetisi –  ANI : Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-sungguh mencintai abang.

4.      Metafora – kamus kemanusiaan, angin kemudaan, pohon-pohon jasa.

5.      Sinkope – kau, mu, tak.

6.      Kata ganda – daging-daging, saat-saat.

7.      Bahasa Arab – Assalamualaikum, Astaghfirullah.


NILAI

1.       Kasih sayang
Contoh– bapa sayang akan Azmir dan menziarahinya di wad.

2.      Keprihatinan
Contoh– Arif dan para pelakonnya prihatin dengan keadaan Azmir mengajak ibu bapa Azmir memberikan perhatian dan kasih  sayang bukan cemuhan dan penghinaan kerana Azmir memerlukan semangat dan perangsang daripada mereka.


3.      Rasional
Contoh– Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir menunjukkan rasa kurang senang.

4.      Kebijaksanaan
Contoh– Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan manusia kepada para pelakon drama ‘Sasau’.

5.      Bertanggungjawab
Contoh – Ibu bapa Azmir bertanggungjawab memberi pendidikan kepada Azmir hingga berjaya masuk universiti.

6.      Kebebasan
Contoh– Azmir berasa tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila diberi peluang untuk bersiar-siar.

7.      Belas kasihan
Contoh– Arif dan rakan-rakannya bersimpati dengan keadaan Azmir yang kesakitan.



PENGAJARAN

1.    Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita  dapat  membantu mereka.
        Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.

2.      Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan       khianat.          
     Contohnya, Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani  beranggapan bahawa Azmir gila.

3.     Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.
        Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir         bersiar-siar di kawasan hospital.

4.     Kita hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak  berasa      dipinggirkan.
   Contohnya, Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

5.      Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak.
Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.






Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

IBU     : Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir  masuk orang putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam  manalah orang tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak sanggup lagi.                      kata kunci soalan 2(b) i

PELAKON II        : Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita
                               semua.

PELAKON III       : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.

IBU     :     Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk  
                  universiti.                Persoalan yang ada dalam petikan: Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak  
            
ARIF   :     Betul mak cik, tetapi…masuk ke universiti saja belum menjamin  seseorang                                     
                  itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.

(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah).

PELAKON I         : Pak cik, mak cik… marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat                              
memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.   Dia  memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan  kutukan dan hukuman.

PELAKON II        : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan                                    sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.



Dipetik daripada drama ‛Bukan Gila’
oleh Sharif  Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka


(i)             Berdasarkan petikan, mengapakah ibu berasa malu?                  [2 markah]

(ii)           Ibu bapa bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak yang  menanggung kesakitan.

Sekiranya anda ialah ibu bapa Azmir, apakah cara yang dapat dilakukan untuk membantu Azmir?                                                                     [3 markah]

(iii)         Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.   [4 markah]

Jawapan : Baca nota dan petikan soalan untuk mendapatkan jawapan.

i)    Ibu berasa malu kerana __________________________________. Selain itu, Azmir juga ______________________________. Ibu juga malu kerana orang mengatakan Azmir _________.

ii)    Sebagai ibu bapa, cara yang dapat dilakukan untuk membantu Azmir ialah  ______________
        __________________________________________________________________________.

iii)   Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah ____________________________. Contohnya, ___________________________________________. Manakala  satu persoalan lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan   ialah ______________________.
Contohnya _____________________________________________________.