Monday, May 4, 2020

Komsas - Novel : Bimasakti Menari

Assalamualaikum... semoga terus sihat dan kekal sihat dengan menjaga kesihatan. #kitajagakita teruskan duduk di rumah dan kita sama-sama ulang kaji hanya di rumah masing-masing. ok

Hari ini 5/5/2020 Selasa PKP Fasa 4.. Slot 2 (11.00 - 12.30 tgh hari).
Kelas 5 UPM dan  5 UTM

Mari Membaca... Sinopsis.  Mana tahu terlupa jadi kita baca supaya ingat kembali


NOVEL BIMA SAKTI MENARI (Sri Rahayu Mohd Yusop)
SINOPSIS BAB
Bab
Sinopsis
Bab 1 :
Janji Srikandi

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut  yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.





Bab 10:
Sidang sejuta kelip-kelip


Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.


Bab
Sinopsis

Bab 16:
Dua kelip-kelip terakhir di dunia






Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izin untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Berdasarkan sinopsis di atas - senaraikan latar tempat dengan lengkap. Rujuk novel Bimasakti Menari.

Tugasan 1 :   Bina peta i-think latar tempat dan peristiwa

Tugasan 2 : Jawab soalan latih tubi di bawah



 4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel tersebut.                                        
                                                                                                                                         [7 markah] 

Itu sahaja untuk hari ini..
Manfaatkan masa anda. PKP bukan sekadar duduk rumah tapi melatih anda untuk mendisiplinkan diri dan bijak menggunakan masa.

#dudukrumah
#buatkerjasekolahkatrumah

Sunday, May 3, 2020

Tatabahasa :Soalan 3 (c) dan 3 (d)

                   
Assalamualaikum… PKP Fasa 4 (29 April – 12 Mei)
Masih duduk rumah tak pergi sekolah dan perlu belajar di rumah.
Kelas hari ini, 4 Mei 2020 :Slot 1  (8.30 -10.00 Pagi )Bahasa Melayu
Untuk  slot pagi ini, cg. fokuskan latih tubi  soalan 3(c) membetulkan kesalahan ejaan dan  
imbuhan serta soalan 3 (d) membetulkan kesalahan istilah dan tatabahasa.
#dudukrumah
#buatkerjasekolahkatrumah 


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi  imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

(i) Banglow yang lama terbiar itu diroboh oleh ketua kampung dan penduduk. 
(ii) Makan secara buffet sudah lama diperkenalkan dan menjadi penggemar masyarakat kerana mudah dikendalikan. 
(iii) Orang ramai boleh membayar pelbagai bil melalui berkhidmat talian tele-perbankan yang disediakan oleh institusi kewangan di tempat masing-masing.                         
(iv) Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.                                                                     
 (v) Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara ini.
(vi) Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas pertama.
 

(d)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

(i) Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
(ii) Beliau menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai. 
(iii) Walaupun wajah mereka sepadan, namun perangai Azmi berbeza dari perangai abangnya.      
 (iv) Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti. 
v) Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah di negara ini.
vi) Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran.                                                                                                            

Teknik Menjawab :

1. Tulis no. soalan
2. Tulis jawaban anda


      3(c)                    Kesalahan                    Pembetulan

             i)

            ii)

    dan seterusnya .....

      3(d)                   Kesalahan                     Pembetulan


Guna masa lapang anda sebaiknya sebelum masa sibuk anda...
Siapkan tugasan latih tubi hari ini

ingat ....Kerja bertangguh tak menjadi.