Monday, October 19, 2020

Contoh soalan format baharu (Kertas 2- Bahagian A.)

 Salam... siapkan latihan dalam buku.. boleh print atau salin petikan


Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata kerja tak transitif , satu kata adjektif dan satu kata bantu. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak  boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa  dan nama khas.

Kuching ialah ibu negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Bandaraya Kuching juga dikenali sebagai bandar masyarakat berbudaya. Terdapat pelbagai suku kaum di Kuching seperti Melayu,Cina, Bidayuh, Iban, Melanau, dan Orang Ulu. Kuching turut terkenal dengan pelbagai barangan kraf tangan yang unik, antaranya tikar rotan, kain pua, manik, pasu Sarawak, dan tembikar. Kraf tangan yang istimewa ini merupakan hasil kerja tangan suku kaum tempatan. Ciri-ciri kesenian tradisional yang halus dan menarik ini akan kekal zaman-berzaman dalam kalangan masyarakat Sarawak. Bagi pelancong yang hendak melihat kepelbagaian budaya Sarawak dengan lebih dekat, Kampung Budaya Sarawak harus dikunjungi. Kampung Budaya dibina untuk melindungi dan mengekalkan warisan budaya Sarawak.

 

Kata kerja tak transitif

 

Kata adjektif

 

Kata bantu

 


Morfologi : Kata Tugas

Assalamualaikum... lama tak bersua di sini ye..

Minggu ni cg post latih tubi unt anak-anak f4 - Kata Tugas


Selamat menyiapkan latihan 


Latih tubi. Kata tugas – Kata prafrasa

Senaraikan kata prafrasa - kata bantu yang terdapat dalam 3 petikan di bawah 


Petikan 1

Di Malaysia, penghasilan sampah atau sisa pepejal bergantung pada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk, dan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk tersebut. Jenis sampah yang dihasilkan juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan bandar, sampah pepejal yang terhasil lebih kompleks berbanding dengan di luar bandar. Sampah yang dihasilkan akan dihantar ke tapak pelupusan. Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak, namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia yang berada di sekitar kawasan tapak pelupusan itu.  Antaranya, tapak pelupusan terbuka ini akan memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut.Selain berbau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia.

 Petikan 2

Adakah anda pernah berkunjung ke Pulau Pangkor? Jika anda belum mengunjungi pulau ini, anda mesti menjadikan pulau ini sebagai satu daripada destinasi pulau percutian. Pulau Pangkor terletak tujuh kilometer dari Pekan Lumut di negeri Perak. Tarikan utama di Pulau Pangkor ialah kecantikan pantainya, air laut yang jernih, serta kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut. Pulau Pangkor juga pulau bersejarah kerana di pulau inilah bermulanya campur tangan British dalam pentadbiran orang Melayu. Di sinilah pernah termeterainya Perjanjian Pangkor antara Suktan Abdullah dengan pihak Inggeris pada 20  Januari 1874. Perjanjian ini telah menjadi titik tolak kepada pihak British untuk campur tangan dalam urusan pemerintahan negeri Melayu. Menurit perjanjian ini, negeri Perak dikehendaki menerima residen British. Sultan mesti menerima nasihat residen dalam semua hal pentadbiran kecuali hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

 Petikan 3

Aktiviti sukan ialah suatu latihan jasmani yang sihat. Bersukan bukan sahaja baik untuk fizikal seseorang malahan dapat menambah keyakinan diri. Antara aktiviti sukan yang boleh menjadi pilihan ramai termasuklah memanah, berenang, dan berkuda. Sukan memanah dapat melatih fizikal dan emosi anak-anak dalam menetapkan matlamat pada sasaran yang betul. Kekuatan fizikal juga penting untuk melentur panah pada busurnya. Sukan renang pula ada kelebihan tersendiri. Sukan ini bukan sahaja melibatkan semua bahagian fizikal tubuh badan malah melibatkan otak.  Berenang dapat menghilangkan tekanan serta akan meningkatkan keberanian seseorang. Sukan berkuda pula dikatakan elok untuk merawat masalah tulang belakang manusia. Semasa menunggang kuda, tulang belakang penunggang akan bergesel dengan baik dan merangsang araf tulang belakang.